Taharah / Bersuci
1. Definisi :
i) Dari segi bahasa : Suci dan
bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
2. Taharah ialah anak kunci
dan syarat sah salat.
3. Hukum taharah ialah WAJIB
di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.
4. Dalil naqli tentang
suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal,
ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia
menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya...
"
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di
atas kebersihan "
5. Tujuan taharah ialah bagi
membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
6. Hikmah disuruh melakukan
taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan
mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah
berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
7. Faedah melakukan taharah ialah supaya
badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan
kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
8. Syarat wajib taharah ialah
:
·
Islam
·
Berakal
·
Baligh
·
Masuk
waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
·
Tidak
lupa
·
Tidak
dipaksa
·
Berhenti
darah haid dan nifas
·
Ada
air atau debu tanah yang suci.
·
Berdaya
melakukannya mengikut kemampuan.
9. Taharah adalah sebagai bukti
bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.
10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan
harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:
وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا
بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
11. Selain itu, harus menggunakan
kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air
bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.
12. Jelasnya, alat–alat untuk
bersuci itu ialah:
·
Air
mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau
sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
o
Air
yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air
salji yang menjadi cair dan air embun.
o
Air
yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit
daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
·
Tanah,
boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur
dengan sesuatu. Firman Allah:

(Surah Al-Nisa’, 4:43)
13. Samak, iaitu membuang bahan-bahan
lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika
direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak
busuk atau rosak.
14. Takhallul, iaitu arak
bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh
Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S
No comments:
Post a Comment