Tuesday 24 January 2012

AHLI TAAT DAN AHLI MAKSIAT

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Saw bersabda : Pada zaman Bani Israil dahulu.hidup dua orang lelaki yang berbeza sikapnya. Lelaki pertama suka membuat dosa dan lelaki kedua sentiasa beramal Ibadah. Setiap kali orang ahli ibadah ini melihat temannya membuat dosa sentiasa dia menyarankan agar kawannya itu berhenti melakukan dosa. 

Suatu hari ahli ibadah ini berkata" Berhentilah kamu dari melakukan amalan dosa ini" Dia menjawab " Jangan pedulikan aku ,terserah Allah akan menilai perbuatanku. Adakah engkau di utus Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?" Ahli ibadah itu lantas berkata " Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan memasuki syurga Allah Swt."

Kemudian setelah kedua hamba itu mati, Allah Swt telah menghakimi keduanya dihadapan-Nya. Allah Swt  telah menyoal ahli ibadah, " Adakah kamu lebih mengetahui daripadaku? atau adakah kamu lebih mengetahui apa yang ada di dalam kekuasaan-Ku?." Kemudian kepada ahli maksiat Allah Swt berfirman " Masuklah kamu di dalam syurga berkat rahmat-Ku" Sementara kepada ahli ibadah dikatakan" Masuklah orang ini ke dalam Neraka".

(Hadith Shahih riwayat Ahmad,2/323;Abu Dawud,4901;Ibnu Mubarak dalam kitab al-Zuhd,314;Ibnu Abi Duniya Husnush Zhan,45;al-Baghawi dalam Syarah al-Sunnah,14/385)

Pengajaran Kisah:
  1. Sentiasalah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  2. Setiap individu hendaklah berusaha meninggalkan perkara maksiat dan kemungkaran.
  3. Jangan berputus asa dari memohon keampunan dari Allah Swt yang maha pemurah lagi maha penyayang.
  4. Jangan sewenangnya menggunakan nama Allah Swt tanpa ilmu.
  5. Allah Swt amat mengasihi hamba-Nya.
  6. Seseorang itu tidak berhak menentukan kedudukan seseorang sama ada masuk syurga atau neraka ,kerana hanya Allah Swt yang menetapkan. - Wallahualam-

No comments:

Post a Comment