Khiar Dalam
Perkahwinan
1. Khiar bermaksud salah satu
pihak samada suami atau isteri mempunyai hak untuk memilih di antara diteruskan
nikahnya atau fasakh.
2. Apabila berlaku pernikahan di
antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak diketahui ada
cacat-celanya, maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu daripadanya
khiar.
3. Bagi lelaki yang membolehkan
khiar padanya ada lima
perkara iaitu:
a) Gila.
b) Jazam. ( penyakit kusta )
c) Barash. ( penyakit sopak )
d) Zakar yang terpotong semua
sekali atau separuh.
e) 'Unnah ( mati pucuk )
4. Bagi perempuan yang membolehkan
khiar padanya ada lima
perkara:
a) Gila.
b) Jazam. (penyakit kusta)
c) Barash (penyakit sopak)
d) Rutaqa' (faraj yang tersumbat
dengan daging dan menghalang dari persetubuhan)
e) Qurana' (faraj yang tersumbat
dengan tulang dan menghalang dari persetubuhan)
5. Jika berlaku salah satu
daripada cacat-cela ini maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu
daripadanya khiar, fasakh aqad nikah seberapa segera dengan syarat dilakukan
khiar dihadapan Qadhi.
6. 'Unnah ( mati pucuk ) tidak
dinafikan melainkan pengakuan dari suami sendiri di hadapan Qadhi atau dengan
saksi yang menyaksikan ikrarnya atau dengan sumpah isteri jika suaminya enggan
membuat pengakuan, maka ditetapkan bahawa ia mati pucuk, selepas itu Qadhi
memberi tempoh setahun kepada suami supaya berubat.Apabila sudah setahun
tempohnya jika ia tidak mampu menyetubuhi isterinya maka isteri mengadu kepada
Qadhi maka diterima fasakhnya.
-Wallahualam-
No comments:
Post a Comment