Saturday 21 January 2012

ISLAM LIBERAL
 PENDAHULUAN
Sekarang wujud satu golongan orang Islam yang mendokong fahaman liberal dan cuba menerapkan fahaman tersebut ke dalam ajaran Islam. Mereka berada dalam satu gerakan dan menamakan fahaman yang mereka dokong sebagai Islam Liberal.

  TAKRIF

ISLAM: Satu agama yang Haq, diwahyukan oleh ALLAH Taala kepada nabi   Muhammad S.A.W. Merupakan agama yang utuh,mempunyai akar,dimensi, sumber dan asas-asas ajarannya sendiri
LIBERAL: Bebas, tidak terikat dengan apa-apa.
LIBERALISM: Suatu fahaman/ falsafah yang tercetus dan berkembang di Barat, memiliki tanggapan, teori dan pandangan hidup yang berasaskan kebebasan. Merupakan sebahagian daripada idea demokrasi.
ISLAM LIBERAL: Menggambarkan prinsip-prinsip asasnya, iaitu menekankan kebebasan individu dan kebebasan struktur sosio-politik. Dikenali juga sebagai penafsiran semula Islam atau Islam Progresif. Merupakan 1 ajaran yang didasarkan oleh beberapa orang Muslim yang cuba menafsirkan semula al-Qur'an dan as-Sunnah dari sudut pandangan peribadi tanpa merujuk kepada sumber tradisional seperti mana yang diperakui oleh jumhur ulama' ahli Sunnah wal Jamaah. 

SEJARAH ASAL-USUL

  • Suatu falsafah yang muncul di Eropah kerana pergolakan kelas menengah ketika menentang hak-hak istimewa dan kuasa pihak kerajaan, aristokrat dan kaum gereja.
  • Tercetus pada zaman Renaissance, membawa kepada tercetusnya Revolusi Perancis 1789.
  • Merupakan pengisytiharan permusuhan ke atas agama Kristian oleh penganut kristian sendiri.
  • Fahaman ini mula menular ke dunia Islam sekitar akhir abad ke-16.
  • Ketika itu Khilafah Uthmani lebih mementingkan kekuatan fizik dan ketenteraan, giat dalam aktiviti penaklukan.
  • Kelemahan dan kemunduran taraf berfikir sangat ketara di kalangan umat Islam ketika itu.
  • Sementara Barat sedang maju dengan ciptaan teknologi dan penemuan sains.
  • Sebahagian dunia Islam yang terpencil dari kekhilafahan turki terpesona dengan eropah.
  • Di India, muncul fahaman liberal melalui Syah waliyullah (1703-1762) yang mengatakan Islam harus mengikut adat local sesuatu tempat sesuai dengan keperluan penduduk.
  • Di Iran, muncul Muhammad Bihbihani (1790) yang membolehkan kebebasan berijtihad.
  • Di Mesir, Rifah rafi at-tahtawi memasukkan unsur-unsur Barat ke dalam pendidikan islam.
  • Di Rusia, Shihabuddin Marjani (1818-1889) dan di Bukhara, Ahmad Makhdun (1827-1897) juga memasukkan mata pelajaran sekular ke dalam kurikulum pendidikan islam.
  • Di Pakistan, Fazlur Rahman (1919) yang menetap di Amerika dan menjadi guru besar di universiti Chicago, menggagaskan tafsir konstektual yang merupakan tafsir yang adil dan terbaik menurutnya.
  • Di Indonesia, Nurcholis Madjid yang merupakan murid Fazlur Rahman, mempelopori gerakan firqah liberal bersama-sama Djohan Efendi, Ahmad Wahid dan Abdur rahman Wachid.
  • Di Malaysia, Zainah Anwar yang merupakan graduan Fletcher School of Law and diplomacy dan mendapat Master dari universiti Tuft dalam bidang journalism dan hubungan antarabangsa,pernah menetap di us selama 5 tahun, menolong menubuhkan SIS pada tahun 1998.
  • Kini beliau merupakan pengarah eksekutif SIS, sebuah NGO yang menggagaskan penterjemahan semula Islam termasuk dalam beberapa idea moden tentang peranan wanita dalam Masyarakat.



No comments:

Post a Comment