Haid, Nifas dan Hamil/Wiladah
HAID
Iaitu darah yang keluar dari kemaluan
perempuan pada masa sedang sihat a’fiat ialah kerana menurut tabiat perempuan.
Sekurang-kurangnya umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu dari
sembilan tahun ke atas. Warna darah haid itu merah tua, rasanya hangat apabila
ia keluar.
Tempohnya
Lama masa keluar darah haid itu
sekurang-kurangnya sehari semalam dan selanjut-lanjut masanya selama lima belas
hari siang dan malam, kebanyakannya iaitu masa yang biasa keluar selama enam
atau tujuh hari.
Suci
diantaranya
Sekurang-kurangnya suci diantara satu haid ke
satu haid itu lima belas hari, biasanya dua puluh empat hari. Ada juga
perempuan tiada keluar haid dari kecil hingga besar atau haid telah putus
daripadanya maka masa suci baginya itu tidak terhingga.
NIFAS
Iaitu darah perempuan yang keluar pada masa
melahirkan anak atau darah yang keluar setelah lahir anak itu.
Tempohnya
sekurang-kurang masa keluar darah nifas itu
sekelip mata iaitu sedikit sangat dan biasanya empat puluh hari dan
selanjut-lanjut masanya enam puluh hari.
ISTIHADHAH
Iaitu darah perempuan yang keluar bukan masa
haid dan nifas. Seperti darah haid yang keluar lebih daripada lima belas hari
lima belas malam atau darah yang keluar dahulu dari melahirkan anak dan yang
keluar di atas enam puluh hari dan ini harus di namakan darah penyakit.
HAMIL/WILADAH
Sekurang-kurangnya masa mengandung itu enam
bulan dan biasanya sembilan bulan ada juga lebih lama dari masa ini sehingga
tiga tahun. Apabila habis darah haid atau nifas wajiblah di atas perempuan itu
bersuci iaitu mandi melainkan istihadhah, tiada wajib mandi hanya memadai ia
berbasuh.
Sumber
Rujukan :
1) Kitab Tuntutan Ibadah Oleh Syeikh Ali Abdullah
1) Kitab Tuntutan Ibadah Oleh Syeikh Ali Abdullah
-Wallahualam-
No comments:
Post a Comment