Wednesday 25 January 2012

NABI SAW MENEWASKAN AHLI GUSTI ZAMANNYA


Diriwayatkan Abu Daud dan al-Tirmizi, daripada Abi Ja'far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi Saw untuk beradu kekuatan. Lalu apabila mereka berlawan Nabi Saw telah mengalahkannya.

Dalam riwayat oleh Abu Bakr al-Syafi'i dengan sanad yang baik daripada Ibnu Abbas r.a., bahawa Yazid bin Rukanah, seorang pendekar yang terkenal dengan kekuatannya, telah mencabar Nabi Saw untuk bergusti. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah . Lalu Nabi Saw telah menundukkannya sebanyak tiga kali dalam tiga pusingan.

Akhirnya dia berkata " Wahai Muhammad!! tiada siapa yang pernah dapat membaringkan aku dalam pertarungan selain darimu ! sebelum ini kaulah orang yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah Swt, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ." Nabi Saw kemudiannya telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan sebagai taruhan dalam pertarungan itu.

(Riwayat Abu Daud, 4077; al-Tirmizi,1844; al-Hakim 3/452.)

Pengajaran Kisah:
  1. Nabi Muhammad Saw merupakan manusia yang gagah perkasa.
  2. Islam mengharuskan pertandingan menguji kekuatan terutamanya jika untuk tujuan berdakwah.
  3. Pertandingan yang diharamkan dalam Islam apabila ianya berkaitan dengan menguji nasib yang boleh mengakibatkan pergaduhan sesama manusia.
  4. Umat Islam dituntut supaya makan daripada sumber-sumber yang halal dan bersih serta dapat menjadikannya sihat dan bertenaga.


2 comments:

  1. Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.

    (Hadis Riwayat Muslim)

    Allahu rabbi.
    Moga kita antara mukmin2 yg kuat.
    rohani dan jasadi.

    ReplyDelete
  2. Syukran atas perkongsian Dr Ibnbakr.:)

    ReplyDelete