Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak
terbatas dan dia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet
dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan
dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik
permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan.
Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan
bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama.Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk?Contohnya, bagaimana matahari boleh tercipta? Atau bagaimana bumi
kita muncul?Ada dua bentuk respons kepada soalan ini. Salah satu daripada
respons-respons ini adalah benar dan yang satu lagi salah. Mereka yang
memberikan respons yang salah hanya mempercayai teori evolusi. Di dalam halaman
berikutnya, kami akan menunjukkan kepada kamu respons yang salah terlebih
dahulu dan kemudian respons yang benar pula.
Respons Yang Salah
Mereka yang memberikan respons yang salah menyatakan: Alam semesta
ini telah sedia ada dan ia muncul dengan sendirinya. Iaitu, berbagai bahan
telah berkumpul dengan sendirinya secara kebetulan dan membentuk matahari,
bintang-bintang, bumi, lautan, pokok-pokok, sungai-sungai dan bukit bukau.
Apakah kamu fikir pandangan ini tidak logik? Jika seorang sahabat
kamu datang dan memberitahu kamu: “Saya telah memasukkan sedikit tanah,
batu-batu, dan sedikit air ke dalam sebuah kotak besar. Saya menanti selama
beberapa tahun dan kemudian sebuah komputer telah muncul dari kotak ini.”
Apakah kamu akan mempercayainya? Kamu mungkin menyangkakan sahabat kamu ini
hanya bergurau, berbohong atau gila.
Para Penyokong Evolusi secara terbuka menceritakan kisah panjang
seperti ini. Sebuah komputer tidak dapat muncul dengan sendirinya hasil
daripada kebetulan. Pertama, seseorang akan merancang bagaimana bentuk komputer
ini, dan memilih komponen mana yang perlu digunakan. Kemudian di dalam
kilang-kilang besar, jurutera-jurutera, juruteknik-juruteknik dan pekerja
berkumpul. Kemudian mereka menggunakan mesin yang besar untuk membentuk
komputer tersebut. Oleh itu, apabila kamu melihat sebuah komputer kamu akan
tahu ia tidak terbentuk dengan sendirinya. Bukankah lebih wajar jika dikatakan
manusia yang bijak telah membuat komputer?Matahari, bumi dan tumbuh-tumbuhan adalah lebih besar daripada
sebuah komputer. Oleh itu, jika ada orang yang membuat komputer, tentu ada satu
kuasa yang mencipta matahari, bumi, bulan dan bintang-bintang.
Respons Yang Betul
Apakah anda mengerti apakah yang dimaksudkan dengan respons yang
baik itu? Allah adalah Pencipta kepada matahari, bumi, planet-planet dan
bintang-bintang. Segala-galanya di dalam alam ini begitu sempurna dan teratur.
Kerana Allah mencipta alam ini, dan Dia telah meletakkan segala sesuatu pada
tempatnya.
- Dipetik dari Keajaiban Ciptaan by Harun Yahya-
No comments:
Post a Comment