Saturday 21 January 2012

Keutamaan Surah Al-Fatihah

Beberapa keutamaan Surah Al-Fatihah adalah seperti berikut:

1- Surah yang paling Agung di dalam Al-Quran.
Abu Sa'id Mu'alla berkata, "Pada suatu hari ,aku sedang solat di masjid.Selesai dari solat aku dipanggil oleh Rasulullah Saw .Kemudian Rasulullah Saw bersabda" Aku akan mengajarkanmu satu surah yang teragung di dalam Al-Quran sebelum kau keluar dari masjid. Aku bertanya "surah apakah wahai Rasulullah Saw?" Rasulullah Saw bersabda" Ia adalah surah Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang dalam rakaat solat dan Al-Quran yang agung diberikan padaku. ( HR.Bukhari,Abu Dawud dan Nasaie)

2- Surah yang paling utama di dalam Al-Quran.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw bersabda :" Alhamdulillahi Rabbil Alamin adalah Ummul Quran ,Ummul Kitab , Al Quran Al azhim, As Shalat dan ar- Ruqyah" (HR.Tirmidzi)

3- Surah di dalamnya terdapat munajat diantara hamba dan Allah Swt.
Abu Hurairah telah mengatakan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda" Allah telah berfirman Aku telah membahagi kandungan makna surah al- fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian ,dan Aku kan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta" Apabila dia membaca segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, Allah Swt akan membalasnya dengan menyebut hamba-Ku telah memuji-Ku" "Apabila hamba-Ku menyebut Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Allah Swt akan berfirman hamba-Ku telah memuj-Ku" " Apabila hamba-Ku membaca Yang Menguasai Hari Pembalasan Allah Swt berfirman hamba-Ku telah mengagungkan-Ku lalu Allah Swt berfirman sekali lagi hamba-Ku telah memasrahkan segala urusan kepada-Ku" "Dan apabila membaca hanya kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkau lah kami meminta pertolongan Allah Swt berfirman ini adalah antara urusan diantara Aku dan hamba-Ku ,dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta" " Apabila dia membaca Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang yang telah Engkau beri nikmat (Iman) kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat Allah Swt berfirman Ini adalah untuk hamba-Ku ,dan dia akan mendapat apa yang di pinta" (HR.Muslim,Abu Dawud,Tirmidzi,Nasaie dan Ibnu Majah)

-Wallahualam-


No comments:

Post a Comment