Saturday 28 January 2012


 BENTUK HUKUMAN SYARIAH ISLAM


Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut. 

1. Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam. 

2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan. 

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178) 

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

3. Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya. 

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178) 

4. Hukuman Ta`zir 

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.
Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka. 

-Wallahualam-

Friday 27 January 2012


 TUJUAN HUKUMAN 

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara: 

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari) 

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179) 

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud: 

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud) 

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: 

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33) 

-Wallahualam-

 WALIMATUL 'ARUS


PENGERTIAN WALIMATUL ‘ARUS
  • Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
  • Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.
PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS
  • Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
  • Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya: “’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)

TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS
  • Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.
  • Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
  • Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.
  • Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:
1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

HUKUM MENGADAKANNYA


Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing". 

HUKUM MENGHADIRINYA 

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG

i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.
ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.
iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.
iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.
v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.
vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.
vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.
viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.
ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam. 

-Wallahualam-

Wednesday 25 January 2012

MATAHARI DITAHAN AGAR TIDAK TERBENAM UNTUK NABI YUSYA'


 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah Saw bersabda bahawa ada seorang nabi dari kalangan nabi-nabi Allah yang ingin berperang .Maka beliau berkata pada umatnya "Seorang lelaki yang bersetubuh dengan isterinya dan dia mengharapkan anak tetapi masih belum mendapatkannya tidak boleh turut serta dalam peperangan ini. Begitu juga orang yang membina rumah tetapi belum sempat menaikkan atapnya. Juga tidak boleh ikut bersamaku orang yang telah membeli kambing atau unta yang bunting yang sedang menunggu kelahiran anaknya."

Maka berangkatlah nabi tersebut untuk berjihad .Ketika waktu Asar hampir tiba , rombongan tersebut telah sampai di desa dan daerah yang dituju .Nabi tersebut memerintahkan pada Matahari "Wahai matahari kau tunduk pada perintah Allah Swt dan aku juga demikian . Ya Allah tahanlah matahari itu sejenak agar tidak terbenam." Lalu Allah Swt menahan matahari itu hingga mereka dapat menakluki daerah tersebut. 
Setelah itu, bala tenteranya telah mengumpul harta rampasan di sebuah tempat. Kemudian ada api yang marak menyala tetapi tidak mampu membakarnya .Maka Nabi itu pun berkata." Antara kalian ada yang berkhianat , masih menyimpan sebahagian harta rampasan, aku harap daripada setiap kabilah ada orang yang mengangkat sumpah." Mereka mengangkat sumpah, ketika sampai kepada giliran dua dan tiga orang daripada anggota kabilah tersebut, tangan Nabi di pegang erat, kemudian Nabi berkata," Kalian telah berkhianat." Lalu mereka pun mengeluarkan emas sebesar kepala lembu . Emas itu pun di kumpulkan dengan harta rampasan yang lainnya yang telah dikumpulkan sebelumnya di tanah lapang. Tiba-tiba datanglah api menyambar dan melenyapkan harta tersebut.

Harta rampasan memang tidak dihalalkan untuk umat sebelum kita .Ia kemudiannya dihalalkan untuk kita kerana Allah Swt melihat kelemahan dan ketidakmampuan kita.

(Riwayat al-Bukhari, 3142; Muslim,1747; Ahmad ,2/325; Abdur Razzaq,9492; al-Baihaqi dalam al-Kubra, 6/290)

Pengajaran Kisah:
  1. Berjuang di jalan Allah merupakan kewajipan setiap Muslim.
  2. Urusan-urusan penting tidak patut diserahkan melainkan kepada golongan Profesional dan mempunyai keahlian dalam menguruskannya.
  3. Seseorang yang ingin berjihad di jalan Allah Swt hendaklah menumpukan perhatiannya pada jihad tanpa memikirkan urusan dunia.
  4. Keseronokan hidup di dunia dengan berbagai-bagai fitnahnya sering kali menyebabkan manusia menjadi tamak.
  5. Seluruh benda yang tidak bernyawa tunduk dan patuh pada perintah Allah Swt ,tunduk dan patuh pada kehendak-Nya , sentiasa taat dan tidak melakukan maksiat dalam apa keadaan sekalipun.
  6. Umat-umat terdahulu tidak dibenarkan mengambil harta rampasan perang ,sebaliknya umat Nabi Muhammad Saw dihalalkan untuk mengambil harta rampasan perang.- Wallahualam-
 KASIH SAYANG ALLAH SWT SANGAT LUAS


Daripada Abu Said al-Khudri r.a ,Nabi Saw bersabda bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki telah membunuh manusia seramai 99 orang. Pda suatu hari, dia ingin bertaubat dan mencari-cari orang yang berilmu di negeri itu yang dapat memberi bimbingan .Dia telah di bawa kepada seorang pendeta , lantas dia menceritakan kejahatannya membunuh 99 orang dan dia bertanya" Adakah taubatku masih di terima?"

Kemudian pendeta itu mengatakan" Tidak, taubatmu tidak akan diterima." Lantas orang itu membunuh pendeta itu tadi. Maka telah genaplah 100 orang tang telah dibunuhnya. Dia terus mencari-cari orang yang paling alim yang lain di negeri itu untuk meminta nasihat. Maka dia pun telah dibawa kepad seorang yang paling alim ( Ahli Ilmu)

Dia telah menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang , maka apakah masih diterima taubatnya? Orang alim itu pun menjawab " Ya, masih boleh. Siapakah  yang berhak untuk menghalangi seseorang untuk bertaubat? pergilah ke daerah sana kerana penduduknya menyembah Allah Swt . Sembahlah Allah Swt bersama-sama mereka dan janganlah engkau kembali ke kampung halamanmu kerana perkampunganmu adalah daerah hitam ( banyak melakukan maksiat ) ."

Maka orang itu pergi ke tempat tersebut. Apabila sampai di tengah perjalanan , dia pun meninggal dunia. Kemudia malaikat rahmat dan malaikat azab pun bertengkar merebutkan orang itu. Malaikat rahmat membela" Dia pergi ke sana kerana benar-benar ingin bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuhy hati kepada Allah Swt." Sedang malaikat azab berhujah dengan katanya " Sesungguhnya dia belum pernah membuat kebaikan walaupun sedikit." 

Lantas malaikat lain diutuskan turun oleh Allah Swt dan kedua-dua malaikat itu bersetuju untuk menjadikannya sebagai hakim. Malaikat yang menjadi hakim itu pun berkata ." Ukurlah jarak kedua-dua daerah itu, dan nasibnya di tentukan berdasarkan jarak yang paling hampir." 

Apabila di ukur mereka dapati daerah yang dituju itulah yang paling hampir . Dengan demikian, dia diterima oleh malaikat rahmat.

( Riwayat al-Bukhari,3470; Muslim no,2766)

Pengajaran Kisah:
  1. Seseorang yang mempunyai masalah hendaklah berdamping dengan Ulama agar dapat menyelesaikan masalah.
  2. Orang yang berilmu lebih utama dari ahli ibadah.
  3. Orang yang ingin bertaubat hendaklah mengubah cara hidup dengan menjauhkan diri dari teransang untuk melakukan perbuatan dosa.
  4. Islam menganjurkan kita mencari tempat tinggal yang aman dan kondusif bagi mewujudkan semangat tolong-menolong ke arah kebaikan.
  5. Seseorang yang ditanya namun dia kurang pasti pada jawapannya hendaklah mengatakan Wallahualam.
  6. Jangan sewenang-wenang membuat keputusan pada jawapan yang kurang pasti. 
  7. Allah Swt mengampuni hamba-Nya sesuai dengan niat dan azamnya sekalipun dia belum mampu melaksanakan perbuatan yang diniatkan.- Wallahualam-



NABI SAW MENEWASKAN AHLI GUSTI ZAMANNYA


Diriwayatkan Abu Daud dan al-Tirmizi, daripada Abi Ja'far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi Saw untuk beradu kekuatan. Lalu apabila mereka berlawan Nabi Saw telah mengalahkannya.

Dalam riwayat oleh Abu Bakr al-Syafi'i dengan sanad yang baik daripada Ibnu Abbas r.a., bahawa Yazid bin Rukanah, seorang pendekar yang terkenal dengan kekuatannya, telah mencabar Nabi Saw untuk bergusti. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah . Lalu Nabi Saw telah menundukkannya sebanyak tiga kali dalam tiga pusingan.

Akhirnya dia berkata " Wahai Muhammad!! tiada siapa yang pernah dapat membaringkan aku dalam pertarungan selain darimu ! sebelum ini kaulah orang yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah Swt, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ." Nabi Saw kemudiannya telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan sebagai taruhan dalam pertarungan itu.

(Riwayat Abu Daud, 4077; al-Tirmizi,1844; al-Hakim 3/452.)

Pengajaran Kisah:
  1. Nabi Muhammad Saw merupakan manusia yang gagah perkasa.
  2. Islam mengharuskan pertandingan menguji kekuatan terutamanya jika untuk tujuan berdakwah.
  3. Pertandingan yang diharamkan dalam Islam apabila ianya berkaitan dengan menguji nasib yang boleh mengakibatkan pergaduhan sesama manusia.
  4. Umat Islam dituntut supaya makan daripada sumber-sumber yang halal dan bersih serta dapat menjadikannya sihat dan bertenaga.


Tuesday 24 January 2012

NABI DAN SARANG SEMUT

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw bersabda bahawa seekor semut telah menggigit seorang Nabi. Kemudian Nabi tersebut telah memerintahkan supaya di bakar sarang semut bersama sekalian semut di dalamnya. Maka Allah Swt mewahyukan kepadanya, " Adakah kerana seekor semut yang mengigitmu lalu engkau memusnahkan suatu umat yang sentiasa bertasbih pada Tuhannya?"


(Riwayat al-Bukhari,3219;Muslim,2241;Abu Dawud,5265;Ahmad,2/313;al-Nasaie,7/211;Ibnu Hibban,7/463;al-Baghawi,12/197)


Pengajaran Kisah
  1. Membunuh semut adalah dilarang sebagaimana membunuh haiwan lain melainkan membawa mudarat
  2. Seluruh haiwan sebenarnya bertasbih kepada Allah Swt.
  3. Hukum membakar sarang semut dalam syariat sebelum Nabi Muhammad Saw adalah diperbolehkan sedangkan pada syariat Nabi Muhammad adalah dilarang.
  4. Dosa kejahatan seseorang tidak di bebankan ke atas orang lain.Firman Allah:Maksudnya: Dan orang-orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang yang lain (Surah Fathir:18) -Wallahualam-
AHLI TAAT DAN AHLI MAKSIAT

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Saw bersabda : Pada zaman Bani Israil dahulu.hidup dua orang lelaki yang berbeza sikapnya. Lelaki pertama suka membuat dosa dan lelaki kedua sentiasa beramal Ibadah. Setiap kali orang ahli ibadah ini melihat temannya membuat dosa sentiasa dia menyarankan agar kawannya itu berhenti melakukan dosa. 

Suatu hari ahli ibadah ini berkata" Berhentilah kamu dari melakukan amalan dosa ini" Dia menjawab " Jangan pedulikan aku ,terserah Allah akan menilai perbuatanku. Adakah engkau di utus Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?" Ahli ibadah itu lantas berkata " Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan memasuki syurga Allah Swt."

Kemudian setelah kedua hamba itu mati, Allah Swt telah menghakimi keduanya dihadapan-Nya. Allah Swt  telah menyoal ahli ibadah, " Adakah kamu lebih mengetahui daripadaku? atau adakah kamu lebih mengetahui apa yang ada di dalam kekuasaan-Ku?." Kemudian kepada ahli maksiat Allah Swt berfirman " Masuklah kamu di dalam syurga berkat rahmat-Ku" Sementara kepada ahli ibadah dikatakan" Masuklah orang ini ke dalam Neraka".

(Hadith Shahih riwayat Ahmad,2/323;Abu Dawud,4901;Ibnu Mubarak dalam kitab al-Zuhd,314;Ibnu Abi Duniya Husnush Zhan,45;al-Baghawi dalam Syarah al-Sunnah,14/385)

Pengajaran Kisah:
  1. Sentiasalah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  2. Setiap individu hendaklah berusaha meninggalkan perkara maksiat dan kemungkaran.
  3. Jangan berputus asa dari memohon keampunan dari Allah Swt yang maha pemurah lagi maha penyayang.
  4. Jangan sewenangnya menggunakan nama Allah Swt tanpa ilmu.
  5. Allah Swt amat mengasihi hamba-Nya.
  6. Seseorang itu tidak berhak menentukan kedudukan seseorang sama ada masuk syurga atau neraka ,kerana hanya Allah Swt yang menetapkan. - Wallahualam-

 DOA HAMBA YANG BERTAUBAT DAN BERAMAL MULIA

Daripada Abu Abdurrahman ,Abdullah Bin Umar Bin Khattab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda :" Dahulu sebelum kamu ada 3 orang pemuda berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah Gua untuk berteduh.Tiba-tiba ada Batu yang bergolek-golek jatuh dan menutup Gua tersebut lalu mereka tidak dapat keluar.

Salah seorang dari mereka berkata " Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat menyelamatkan sekalian daripada bencana ini melainkan Allah Swt dengan menyebut amalan-amalan soleh yang kamu lakukan" 

Kasih Pada Ibu dan Bapa

Kemudian salah seorang dari mereka terus berdoa " Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai kedua orang Tua dan aku sentiasa memberi minuman susu kepada mereka sebelum di berikan kepada keluarga dan anak-anak. Pada suatu hari aku telah lewat pulang ke rumah kerana mencari kayu di Hutan dan saya dapati keduanya telah tidur tanpa meminum susu seperti kebiasaan. Saya terus memerah susu untuk mereka. Kerana saya dapati mereka telah tidur maka saya tidak mengejutkannya. Kemudian saya berjanji tidak akan memberi minum kepada keluarga dan anak-anak sebelum Ibu dan Bapa menjamahnya terlebih dahulu.

Aku menunggu sehingga kedua Ibu dan Bapaku bangun dari tidur.Setelah mereka bangun di waktu terbit Fajar maka aku terus memberi susu itu pada mereka. "Ya Allah, sekiranya apa yang aku lakukan ini semata-mata mengharap keredhaan Mu maka Engkau gerakkanlah Batu yang menutupi Gua ini". Maka bergeraklah Batu itu tetapi masih tidak boleh untuk mereka keluar dari situ.

Menolak Ajakan Zina

Orang yang kedua terus bermunajat kepada Allah Swt dengan berkata" Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai saudara sepupu wanita  yang amat aku cintai. Seringkali aku mengajaknya untuk melakukan Zina tetapi beliau sering menolaknya.Suatu ketika , di mana beliau di timpa kesusahan maka dia datang menemuiku untuk meminta bantuan. Lalu aku memberikan kepadanya 120 dinar dengan syarat dia mesti lakukan Zina bersamaku. Dalam keadaan yang terdesak dia menerima pelawaanku.

Ketika kami hampir melakukan perbuatan yang hina itu dalam keadaanku berada di antara kedua kakinya seraya dia berkata " Takutlah kamu kepada Allah Swt dan jangan kau robekkan selaput daraku melainkan dengan cara yang benar" Kemudian setelah itu aku terus meninggalkanya dan aku meredhakan apa yang telah aku berikan bantuan kepadanya padahal dia merupakan wanita yang aku cintai. " Ya Allah ,sekiranya apa yang aku buat ini kerana mengharapkan RedhaMu maka Kau bukakanlah Gua ini, Kemudian Gua itu pun terbuka sedikit namun masih mereka tidak boleh keluar dari situ.

Gaji Milikmu

Seraya orang yang ketiga berkata" Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai pekerja dan semuanya di bayar dengan cukup melainkan seorang pekerja yang telah meninggalkanku dan tidak mengambil gaji dariku terlebih dahulu. Kemudian gaji pekerja itu telah aku laburkan sehingga menjadi banyak. Selang beberapa lama pekerja itu datang pada ku dan menuntut gaji yang tidak diambilnya sebelum ini. Maka aku berkata" Ambillah segala ternakan Unta ,Lembu,Kambing serta budak yang mengembala itu, kerana itu semua merupakan gajimu"

Maka lelaki itu berkata" Wahai hamba Allah, janganlah engkau mempermainkan Aku . Aku berkata" Sesungguhnya aku tidak mempermainkan mu" Kemudian dia terus mengambil segala miliknya tanpa meninggalkan sedikit pun. " Wahai Allah, sesungguhnya apa yang aku lakukan ini semata-mata mencari RedhaMu, maka Kau gerakkanlah Batu itu untuk kami keluar dari Gua ini.Akhirnya Batu itu bergerak dan mereka boleh keluar dari Gua itu. 

(Riwayat al-Bukhari,no 2272;Muslim,no 2743;Ahmad,2/116)

Pengajaran Kisah:
  1. Kita dianjurkan untuk Berdoa kepada Allah Swt ketika menghadapi saat yang sukar.
  2. Menjalinkan sesuatu hubungan di niatkan kerana Allah Swt agar mendapat berkat dan manfaat.
  3. Taqwa merupakan penyelamat terutama ketika menghadapi masalah yang genting dan sukar.
  4. Keutamaan berbuat baik kepada Ibu dan Bapa.
  5. Ijarah merupakan suatu Akad yang di haruskan dalam Islam untuk memperoleh manfaat dalam waktu tertentu dengan bayaran yang setimpal.
  6. Menepati janji.
  7. Seseorang Muslim wajib menjalankan Amanah yang di berikan kepadannya.
  8. Amalkan sikap berlapang dada dalam berurusan.- Wallahualam-

Monday 23 January 2012

 ASBABUN NUZUL

Asbabun Nuzul Surah Al-Baqarah 6-7

Allah Swt telah Berfirman :


ุฅِู†َّ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ูƒَูَุฑُูˆุง ุณَูˆَุงุกٌ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุฃَุฃَู†ْุฐَุฑْุชَู‡ُู…ْ ุฃَู…ْ ู„َู…ْ ุชُู†ْุฐِุฑْู‡ُู…ْ ู„ุง ูŠُุคْู…ِู†ُูˆู†َ (6) ุฎَุชَู…َ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َู‰ ู‚ُู„ُูˆุจِู‡ِู…ْ ูˆَุนَู„َู‰ ุณَู…ْุนِู‡ِู…ْ ูˆَุนَู„َู‰ ุฃَุจْุตَุงุฑِู‡ِู…ْ ุบِุดَุงูˆَุฉٌ ูˆَู„َู‡ُู…ْ ุนَุฐَุงุจٌ ุนَุธِูŠู…ٌ (7)
Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang kafir sama sahaja bagi mereka,engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak beriman (6) Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka , penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat Azab yang berat (7) "

Sebab Turun Ayat:

Ibnu Abbas r.a memaparkan ,bahwa kedua ayat tersebut diturunkan sehubungan dengan kaum Yahudi Madinah yang meskipun di beri peringatan mereka tetap tidak akan beriman  .( Hadith Shahih Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Ishaq.Lihat Tafsir Ibnu Kathir: 1/85)


Asbabun Nuzul Surah Al-Baqarah 19-20:

Allah Swt telah Berfirman :

ุฃَูˆْ ูƒَุตَูŠِّุจٍ ู…ِู†َ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ ูِูŠู‡ِ ุธُู„ُู…َุงุชٌ ูˆَุฑَุนْุฏٌ ูˆَุจَุฑْู‚ٌ ูŠَุฌْุนَู„ُูˆู†َ ุฃَุตَุงุจِุนَู‡ُู…ْ ูِูŠ ุขَุฐَุงู†ِู‡ِู…ْ ู…ِู†َ ุงู„ุตَّูˆَุงุนِู‚ِ ุญَุฐَุฑَ ุงู„ْู…َูˆْุชِ ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ู…ُุญِูŠุทٌ ุจِุงู„ْูƒَุงูِุฑِูŠู†َ (19) ูŠَูƒَุงุฏُ ุงู„ْุจَุฑْู‚ُ ูŠَุฎْุทَูُ ุฃَุจْุตَุงุฑَู‡ُู…ْ ูƒُู„َّู…َุง ุฃَุถَุงุกَ ู„َู‡ُู…ْ ู…َุดَูˆْุง ูِูŠู‡ِ ูˆَุฅِุฐَุง ุฃَุธْู„َู…َ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ู‚َุงู…ُูˆุง ูˆَู„َูˆْ ุดَุงุกَ ุงู„ู„َّู‡ُ ู„َุฐَู‡َุจَ ุจِุณَู…ْุนِู‡ِู…ْ ูˆَุฃَุจْุตَุงุฑِู‡ِู…ْ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑٌ (20)

Maksudnya:

Atau seperti orang yang ditimpa hujan lebat dari langit ,yang di sertai kegelapan,petir dan kilat.Mereka menyumbat telinga dengan jari-jari Mereka (Menghindari) suara petir itu kerana takut mati. Allah meliputi orang-orang kafir(19) Hampir saja petir itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka berjalan di bawah sinar itu, dan apabila gelap menerpa mereka , mereka berhenti . Sekiranya Allah menghendaki , nescaya Dia menghilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sungguh Allah mha kuasa atas segala sesuatu(20)

Sebab turun Ayat: 

Sejumlah Sahabat menjelaskan kedua ayat ini diturunkan berkenaan perihal 2 orang Munafiq Madinah yang lari dari ajaran Rasulullah Saw dan menuju ke tempat orang Musyrik .Di perjalanan mereka ditimpa Hujan yang lebat dan Guruh yang dahsyat. Akibat ketakutan mereka kembali pulang,  menyesali perbuatan mereka ,kemudian menghadap Rasulullah Saw untuk kembali memeluk Agama Islam. (HR. Ibnu Jarir ,Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud.Lihat ad-Durrul Mantsur: 1/82)

-Wallahualam-
Pesanan Kepada Mereka Yang Enggan Berkahwin


Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya.


Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang - tanpa berkahwin dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.


Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqas : 


"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang". 


Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang." 


Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda: 


Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Mereka yang enggan berkahwin (hidup membujang) seumur hidupnya, padahal mereka mampu menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya zahir dan batin, maka bermakna mereka telah mengharamkan sesuatu perkara yang halal ke atas diri mereka, dan mereka itu adalah juga orang yang menentang hukum Allah dari Sunnah Rasul-Nya. 


Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama 'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya: 


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah al- Ma'iddah:87) 


Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas:

Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya:

" Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya:
Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani) 


Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata: 


Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un membujang (tanpa berkahwin), tenteulah kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari) 

-Wallahualam-













Mandi


PENGERTIAN MANDI
  • Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
  • Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.
PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI

1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.
2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
6. Mati, kecuali mati syahid.


FARDU MANDI


1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.
Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:

ู†ูˆูŠุช ุงู„ุบุณู„ ุนู† ุงู„ุฌู†ุงุจุฉ ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰


Maksudnya:
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

atau,

ู†ูˆูŠุช ุฑูุน ุงู„ุญุฏุซ ุงู„ุฃูƒุจุฑ ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰


Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.

Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:

ู†ูˆูŠุช ุงู„ุบุณู„ ุนู† ุงู„ุญุงุฆุถ ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰


Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

atau,

ู†ูˆูŠุช ุงู„ุบุณู„ ุนู† ุงู„ู†ูุงุณ ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.


2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.

3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.


PERKARA SUNAT SEMASA MANDI

  • Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:
1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz  ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… 

2. Berwudhu’ sebelum mandi.

3. Membasuh dua tapak tangan.

4. Menggosok seluruh bahagian badan.

5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.

6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.

7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.


MANDI-MANDI SUNAT

  • Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:

1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.

2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.

3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).

4. Mandi kerana gerhana bulan.

5. Mandi kerana gerhana matahari.

6. Mandi kerana memandikan mayat.

7. Mandi kerana masuk agama Islam.

8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.

9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.

10. Mandi ketika hendak ihram.

11. Mandi kerana masuk Makkah.

12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.

13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.

14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.

15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.

16. Mandi kerana sa‘i.

17. Mandi kerana masuk ke Madinah.


-Wallahualam-