Mandi
PENGERTIAN MANDI
- Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
- Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.
PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI
1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.
2. Keluar mani walaupun sedikit
dengan sengaja atau pun bermimpi.
3. Keluar haidh, iaitu darah
semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat
pada waktu yang tertentu.
4. Melahirkan anak atau bersalin
(wiladah).
5. Keluar nifas, iaitu darah yang
keluar selepas bersalin.
6. Mati, kecuali mati syahid.
FARDU MANDI
1. Berniat pada permulaan kena air
pada badan.
Bagi orang yang berjunub niatnya
ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:
نويت الغسل عن الجنابة لله تعالى
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.
atau,
نويت رفع الحدث الأكبر لله تعالى
Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.
Bagi
orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas.
Niatnya adalah seperti berikut:
نويت الغسل عن الحائض لله تعالى
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.
atau,
نويت الغسل عن النفاس لله تعالى
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.
2. Menghilangkan najis yang terdapat
pada tubuh badan.
3. Meratakan air ke seluruh badan
terutama kulit, rambut dan bulu.
PERKARA SUNAT SEMASA MANDI
- Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:
1.
Membaca “basmalah” iaitu lafaz بسم الله الرحمن الرحيم
2. Berwudhu’ sebelum mandi.
3. Membasuh dua tapak tangan.
4. Menggosok seluruh bahagian badan.
4. Menggosok seluruh bahagian badan.
5. Mendahulukan anggota tubuh yang
kanan daripada yang kiri.
6. Mengulangi membasuh anggota tubuh
sebanyak tiga kali.
7. Berturut-turut iaitu tidak
berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota
yang lain.
MANDI-MANDI SUNAT
- Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:
1. Mandi hari Juma‘at bagi orang
yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.
2. Mandi hari raya fitrah dan hari
raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.
3. Mandi kerana minta hujan
(istisqa’).
4. Mandi kerana gerhana bulan.
5. Mandi kerana gerhana matahari.
6. Mandi kerana memandikan mayat.
7. Mandi kerana masuk agama Islam.
8. Mandi orang gila selepas pulih
ingatannya.
9. Mandi orang yang pitam selepas
sedar dari pitamnya.
10. Mandi ketika hendak ihram.
11. Mandi kerana masuk Makkah.
12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.
13. Mandi kerana bermalam di
Muzdalifah.
14. Mandi kerana melontar
jumrah-jumrah yang tiga di Mina.
15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf
qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.
16. Mandi kerana sa‘i.
17. Mandi kerana masuk ke Madinah.
-Wallahualam-
No comments:
Post a Comment