Kufu Dalam Pernikahan
1. Kufu bermaksud persamaan,
kelayakkan atau sepadan.
2. Kufu tidak menjadi syarat dalam
perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing, maka bolehlah
memfasakhkan nikahnya itu dengan alasan tidak kufu.
3. Firman Allah s.w.t. di dalam
Al-Qur'an yang bermaksud :
"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan
perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu
kenal-mengenal di antara satu dengan yang lain , bahawa sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu ,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ".
4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :
"Tidak ada kelebihan orang Arab atas orang yang bukan Arab dan
sebaliknya, tidak ada orang putih atas orang hitam dan sebaliknya, tetapi kelebihan
yang satu dari yang lain hanyalah dengan taqwa ".
5. Kufu berpunca daripada lima sebab :
·
Selamat
daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit.
·
Merdeka
bukan hamba .
·
Keturunan.
·
Pekerjaan.
·
'Iffah
(Kebolehan atau kesopanan )
-Wallahualam-
No comments:
Post a Comment