Pengenalan Hadath
PENGERTIAN HADATH
- Hadath dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku.
- Hadath dari segi syara‘ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah.
- Ia terbahagi kepada hadath kecil dan hadath besar.
1. Hadath kecil
ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Hadath besar
ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.
SEBAB HADATH DAN KESANNYA
- Sebab hadath kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu’. Maka kesan daripada berhadath kecil adalah terbatalnya wudhu’ dan diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan
sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti
sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.
2. Tawaf
Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
3. Memegang dan
menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun
sepotong ayat.
- Sebab hadath besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan anak.
- Apabila seseorang berhadath besar kerana berjunub, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan
sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti
sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.
2. Tawaf
Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
3. Memegang dan
menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun
sepotong ayat.
4. Membaca
Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji
Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
5. Beri‘tikaf
di dalam masjid.
- Apabila seseorang berhadath besar kerana keluar haidh dan nifas, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan
sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti
sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.
2. Berpuasa.
3. Tawaf
Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
4. Memegang dan
menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun
sepotong ayat.
5. Membaca
Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji
Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
6. Masuk, duduk
dan beri‘tikaf di dalam masjid walaupun dengan wudhu’.
7. Bersetubuh.
8. Talaq.
CARA
MENGHILANGKAN HADATH
- Untuk menghilangkan hadath kecil ialah dengan berwudhu’ atau tayammum apabila tidak dapat melakukan wudhu’.
- Untuk menghilangkan hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum sebagai ganti daripada mandi.
No comments:
Post a Comment