Allah Menjadikan Bumi Untuk Kita
Allah telah mencipta bumi, matahari, bintang-bintang dan bulan.
Jadi bagaimana semua hidupan di bumi ini muncul? Bayangkan sebuah planet
gergasi dengan permukaan yang sama sekali kosong. Tiada manusia atau binatang,
tiada tumbuh-tumbuhan atau serangga.Bumi telah dihiaskan dengan begitu terperinci untuk membolehkan
hidupan hidup. Allah telah memberikan semua perincian ini. Jika tidak, tiada
seorang pun yang dapat hidup, sama ada kamu, ibu bapa kamu, atau kawan-kawan
kamu.
Mari kita kaji bagaimana Allah menjadikan bumi ini untuk
membolehkan hidupan hidup:
1. Fikirkan...
betapa tersusunnya segala benda di alam ini. Matahari telah diletakkan pada
tempat di mana ia dapat memanaskan kita dan pada masa yang sama memberikan
cahaya kepada kita. Sekiranya tiada matahari, pasti tidak ada sebarang hidupan
di muka bumi ini. Sama ada kita, tidak juga haiwan-haiwan atau sebarang makhluk
lain tidak mungkin dapat hidup.
2. Allah juga telah
menjarakkan matahari daripada kita pada jarak yang tepat. Sekiranya bumi hanya
sedikit hampir kepada matahari, kepanasannya pasti akan membakar bumi dan kita
pasti tidak dapat hidup. Jika bumi ini hanya sedikit jauh daripada matahari,
glasier pasti akan meliputinya dan sekali lagi, hanya sebahagian hidupan dapat
hidup. Kerana itulah tidak terdapat hidupan di planet-planet lain, kerana sama
ada ia terlalu rapat atau terlalu jauh daripadanya.
3. Sebagaimana yang
telah kamu ketahui, hidupan perlu bernafas untuk hidup. Kita memerlukan oksigen
di udara untuk membolehkan kita bernafas. Kadar oksigen yang tepat di dalam
udara diperlukan untuk membolehkan manusia bernafas. Sekiranya ia hanya sedikit
terlebih atau terkurang, sama ada kita, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan tidak
akan dapat hidup, kerana, seperti yang kita katakan sebentar tadi, kita perlu
bernafas untuk hidup. Kerana itu, kita memerlukan oksigen.
4. Salah satu benda
paling penting yang membolehkan kita hidup ialah air. Tiada organisma dapat
hidup tanpa air. Kerana itu, Allah telah menjadikan sebahagian besar bumi ini
sebagai air. Satu pertiga permukaan bumi dipenuhi air. Bagaimanapun, tidak
terdapat air di planet-planet lain atau di bulan yang kamu lihat pada waktu
malam. Keperluan asas hidupan hanya terdapat di bumi.
Banyak kejadian di bumi membolehkan kita hidup. Jika hanya satu
daripada kejadian-kejadian ini tidak berlaku, tiada hidupan dapat selamat di
bumi. Jadi, adakah mungkin beribu kejadian-kejadian ini telah berlaku secara
spontan dan berlaku di tempat seperti bumi? Sudah tentu tidak. Tidak mungkin
kejadian-kejadian ini berlaku secara kebetulan. Allah telah menjadikan bumi ini
untuk manusia. Kerana itu, bumi adalah tempat paling sesuai untuk kita.
Kamu boleh memberikan contoh berikut kepada mereka yang mendakwa
bumi ini dan seluruh cakerawala ini telah terbentuk secara kebetulan.
Katakanlah kamu sedang bermain-main di pantai dan kamu melihat ombak besar
menghampiri, jadi kamu pulang ke rumah. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa
jam kemudian, kamu melihat tanda yang hebat. Di pantai kamu melihat terdapat
sebuah bandar terbentuk daripada pasir. Terdapat rumah-rumah,
hospital-hospital, sebuah lapangan terbang dan bas-bas. Malah terdapat sejumlah
manusia. Kamu bertanya kepada seorang sahabat yang melalui tempat tersebut sama
ada dia mengetahui bagaimana semua ini berlaku. Sekiranya dia menjawab, “Saya
rasa ombak besar yang sampai ke pantai ini telah membentuknya”, apa yang akan
kamu fikirkan? Tidakkah kamu akan mengesyaki kawan kamu itu hanya berimaginasi,
atau mungkin kamu akan ketawa memikirkan dia mungkin hanya bergurau atau gila?
Adalah mustahil untuk ombak-ombak ini membentuk sebuah bandar yang
sempurna daripada pasir secara tidak sengaja. Adalah tidak masuk akal sesiapa
yang mahir dalam membina bandar seperti itu telah datang, membinanya dan
kemudian meninggalkannya.
Bagaimanapun, sebahagian manusia - walaupun mereka terdiri
daripada profesor atau pakar sains - telah menerima idea karut ini. Mereka
tidak akan menyatakan, “Ombak telah membentuk bandar pasir tersebut”, tetapi
mereka akan menyatakan, “Pecahan kecil benda, yang dinamakan sebagai atom,
telah berkumpul secara kebetulan dan ia membentuk matahari, bintang-bintang dan
bumi, segalanya dilakukan dengan sendirinya”. Kerana mereka tidak mahu mengakui
Allah telah mencipta segalanya. Mereka mempertahankan yang salah tanpa
mempercayai yang benar.
- Dipetik dari Keajaiban Penciptaan By Harun Yahya-
No comments:
Post a Comment