Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada
tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan penting itu ialah sebelum alam ini
terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada
bintang-bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu
titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita
melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini.
Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan
yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan-pecahan
bahan ini akan bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama, kemudian
daripada atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain.
Pakar sains menamakan letupan ini “Big Bang”. Semua yang terdapat di dalam alam
semula jadi ini adalah hasil daripada Big Bang ini.
Di sini kamu perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting.
Bayangkan sekiranya kamu memasukkan pecahan-pecahan satu teka jigsaw (puzzle)
ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kamu masukkan udara dan
kemudian secara tiba-tiba pecahkannya. Seolah-olah belon tersebut telah
“meletup”. Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang kamu masukkan ke
dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah vila atau
sebuah lapangan terbang - sesuatu yang kamu sendiri tidak dapat lakukan - di
dalam bilik kamu? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik kamu? Sudah
tentu, ia akan berselerak di dalam bilik kamu. Kamu perlu menyusun
pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau
sebuah rumah.
Allah adalah Pencipta kepada “Big Bang” ini, Pengatur kepada
bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas “Big Bang”. Dengan
mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi,
planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya
berkata “Jadi” maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling
Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki
sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.
Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya “Al-Quran” di mana
Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat
mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah
(cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya,
“Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?” Allah membalas di dalam Al-Quran
dengan berkata:
(Dialah) yang
menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia
mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah
Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An’am: 101)
-Dipetik dari Keajaiban Penciptaan By Harun Yahya-
No comments:
Post a Comment