Sunday 22 January 2012

Adakah Atom Dapat Berfikir?

Seperti yang dijelaskan terdahulu, selepas berlaku Big Bang, unsur-unsur telah bercantum sebagai ATOM. Tahukah anda apa itu atom?Biar kami terangkan kepada kamu apa itu atom. Kita boleh samakan atom ini dengan guli. Tetapi guli ini terlalu kecil, yang belum pernah kamu lihat sebelum ini.
Sekarang lihat sekeliling kamu! Semua yang kamu lihat di dalam realiti dibuat daripada guli-guli, yang dinamakan atom. Kerusi tempat kamu sedang duduk, buku di tangan kamu, emak kamu, cikgu kamu di sekolah, televisyen yang kamu tontoni, buah apel, tembikai, dan coklat di dapur, binatang peliharaan kamu, air, bunga-bunga di taman kamu, barang permainan kamu, dan malah tubuh badan kamu, semuanya terbentuk daripada atom. Seperti yang telah kami terangkan sebelum ini, bintang-bintang dan matahari yang membentuk cakerawala dan dunia yang kita huni kini juga terbentuk daripada atom seperti kamu. Di semua tempat yang kamu pergi dan setiap selekoh yang kamu belok, terdapat atom.
Kamu tidak dapat melihat benda kecil yang kita namakan atom ini, kerana ia lebih kecil daripada apa yang kamu bayangkan. Ia terlalu kecil sehinggakan dengan menggunakan mikroskop yang paling besar pun tidak akan dapat melihat walau satu daripadanya. Untuk memahami betapa kecilnya atom ini, perhatikan contoh ini:
Bayangkan kamu mempunyai kunci di dalam tangan kamu. Sudah pasti kamu tidak dapat melihat atom-atom yang membentuk kunci ini. Jika kamu katakan, “Saya mesti melihat atom-atom ini”, kamu perlu membayangkan kunci tersebut sebesar bumi. Jika kamu dapat mengambarkan kunci tersebut sebesar bumi ini semua atom-atom di dalamnya akan menjadi sebesar buah ceri dan kamu akan dapat melihatnya.
Jadi, bagaimana semua atom-atom ini bercantum selepas Big Bang? Atom-atom ini tidak hidup. Mereka tidak mempunyai minda atau kebijaksanaan. Mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Mereka tidak dapat berkata, sebagai contoh, “Mari sini, mari kita bergabung dan membentuk sebutir bintang” atau “Mari mendekati ku dan membentuk bumi”. Kita juga boleh membuat contoh seperti berikut: Kami telah menjelaskan tentang jigsaw. Ceraian jigsaw ini tidak hidup, dan seperti juga atom, mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Jika kamu selerakkannya, ia tidak dapat berfikir seperti “Mari kita bercantum dan membentuk sebuah istana atau seorang manusia!”
Mari kita berfikir: “Bagaimana semua bintang-bintang, planet-planet, manusia dan haiwan-haiwan yang terbentuk daripada atom-atom ini dapat terhasil? Jika atom-atom tidak membuat keputusan ini, jadi siapa yang mencantumkan mereka?”
Sudah tentu, setiap benda di keliling kita tidak dapat terjadi secara kebetulan. Allah telah menyatukan atom-atom ini. Allah telah membentuk angkasa luas ini, planet-planet, bintang-bintang, bumi, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia daripada atom.

-Dipetik dari Keajaiban Penciptaan By Harun Yahya-

No comments:

Post a Comment