Menyamak
Kulit
1. Tujuan menyamak ialah untuk
menyucikan kulit yang najis (bangkai).
2. Hukum menyamak kulit adalah
harus.
3. Menyamak tidak tertentu kepada
orang Islam sahaja bahkan orang kafir pun boleh menyamak asalkan ia mengikut
cara yang dilakukan oleh orang Islam.
4. Hubungan menyamak kulit dengan
kehidupan manusia:
·
Untuk
menambahkan ekonomi bagi mereka yang melakukannya.
·
Untuk
mengelakkan daripada pembaziran.
5. Hanya kulit sahaja yang boleh
disamak, tidak boleh pada kuku, gigi dan tulang.
6. Takrif dan pengenalan bangkai :
·
Binatang
yang tidak halal dimakan yang mati tidak disembelih mengikut cara-cara Islam.
·
Binatang
yang haram dimakan yang mati sama ada disembelih atau tidak, tetap ia menjadi
bangkai.
7. Binatang-binatang yang mati
termasuk dalam jumlah bangkai:-
·
Binatang
yang disembelih dengan menggunakan tulang.
·
Binatang
yang disembelih oleh orang Majusi (orang yang menyembah api)
·
Sembelihan
orang-orang yang berihram (Ihram haji atau umrah)
8. Binatang yang tidak suci kulitnya
walaupun disamak:
·
Babi
·
Anjing
·
Anak
yang dilahirkan daripada perkahwinan di antara anjing dan babi
·
Anak
yang dilahirkan daripada perkahwinan binatang yang halal dengan anjing atau
babi.
9. Alat-alat yang digunakan untuk
menyamak kulit iaitu sesuatu yang tajam rasanya atau kelat seperti tawas, cuka,
asam, limau dan sebagainya.
10. Cara menyamak kulit binatang :
·
Terlebih
dahulu hendaklah disiat kulit binatang daripada anggota badan binatang (setelah
disembelih)
·
Dicukur
semua bulu-bulu dan dibersihkan segala urat-urat dan lendir-lendir daging dan
lemak yang melekat pada kulit.
·
Kemudian
direndam kulit itu dengan air yang bercampur dengan benda-benda yang menjadi
alat penyamak sehingga tertanggal segala lemak-lemak daging dan lendir yang
melekat di kulit tadi.
·
Kemudian
diangkat dan dibasuh dengan air yang bersih dan dijemur.
11. Kulit yang disamak itu haram
dimakan kerna boleh mendatangkan mudarat pada anggota badan manusia.
12. Maksud perkataan suci zahir dan batin pada menyamak kulit binatang:
·
Suci
pada zahir itu ialah ialah sebelah luar tempat tumbuh bulu yang telah dicukur
dan kulit itu melekat pada daging.
·
Suci
pada batin ialah di sebelah dalam kulit yang bermakna kulit itu dibelah maka
bekas belahan itu suci.
13. Bulu-bulu binatang yang telah
disamak dan terlekat pada kulit kiranya sedikit adalah dimaafkan.
14. Hubungan menyamak kulit binatang
dengan ilmu-ilmu yang lain:
·
Pada
Ilmu Muamalat kulit yang telah disamak boleh dijualbeli.
·
Pada
Ilmu Jinayat kulit yang telah disamak boleh dipotong tangan apabila dicuri.
·
Pada
Ilmu Faraid kulit yang telah disamak boleh dipusakakan
15. Kesimpulan ialah menyamak kulit
binatang adalah bertujuan menyucikan kulit.
( Kitab Matlaal Badrain - Syeikh Daud Fattani )
-Wallahualam-
No comments:
Post a Comment