Sunday 22 January 2012

Wanita-wanita Yang Haram Dikahwini 

1. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian:

i.  Haram buat selamanya.
ii. Haram buat sementara waktu.


2. Sebab-sebab haram dikahwini:

i.  Haram dengan sebab keturunan.
ii. Haram dengan sebab susuan.
iii.Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah ) 


3. Haram dengan sebab keturunan:

i.    Ibu dan nenek hingga ke atas.
ii.   Anak dan cucu hingga kebawah.
iii.  Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.
iv.  Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas.
v.   Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.
vi.  Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah.
vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. - Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ". 
( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 ) 

4. Haram dengan sebab susuan :

i. Ibu yang menyusukan.
ii. Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : 


"Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". 
( Surah An-Nisaa' - Ayat 23 )


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan. 

-Wallahualam-







No comments:

Post a Comment