Pembahagian Jenis Air
Air dari segi hukum terbahagi kepada
tiga jenis, Iaitu:
1. Air yang suci dan boleh
menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air Mutlaq:
·
Air
yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal
kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
·
Air
tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama
terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya
mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada
perkara tersebut .
·
Dalil
yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :
"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .

Perintah
Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah
dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.
b) Air Musyammas:
·
iaitu
air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
·
Air
yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan
tidak pada pakaian.
·
Air
Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu
pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat
seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena
kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya.
Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-
"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

2. Air yang suci tetapi tidak boleh
menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air Musta'amal:
Iaitu air yang suci pada dirinya
tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu
boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.
·
Yang
dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama
pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
·
Yang
dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak
berubah dan tidak bertambah.
·
Air
daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang
dibuat nira atau akar-akar kayu.
Air yang berubah ada dua cara :-
·
Berubah
dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya
pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
·
Berubah
dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu
yang dapat dilihat akan perubahannya.
- Cara mentaqdirkan hukum air yang
bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah
hilang bau, rasa dan warnanya.
- pada bau hendaklah ditaqdirkan
dengan bau kemenyan Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan taqdir ini maka
hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya
air mutlak.
Air yang bercampur itu ada dua cara
:-
·
Majawir
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.

Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.

b) Air Muqayyad:
·
Air
yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya
(warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti
air yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.
3. Air yang najis atau mutanajjis,
iaitu air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.
b) Air yang sukatannya lebih dari
dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu
sedikit atau banyak.
·
Ukuran
air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
1.
Kalau
dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3
tin
2.
Kalau
dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
3.
Kalau
dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan
tempat yang berukuran 60 x 60 cm.
- Wallahualam-
No comments:
Post a Comment